War for the Planet of the Apes | Review | BloggerBar


war for the planet of the apes

‘It is my hope that out of this solemn occasion a better world will emerge, out of the blood carnage of the past a world founded upon faith and understanding, a world dedicated to the wish for freedom, tolerance and justice.’ – Caesar


Tajuk: War for the Planet of the Apes (2017)
Genre: Aksi, Drama, Pengembaraan
Pengarah: Matt Reeves
Bintang: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn


Susulan dari Dawn Of the Planet Of The Apes di mana Ceasar mengetahui segerombolan beruk yang berlindung dari tentera Amerika yang ingin menghapuskan saki-baki beruk yang masih hidup di muka bumi.

war for the planet of the apes

Cerita ini diteruskan lagi apabila Colonel, yang mengetuai operasi memerangi beruk membunuh ahli keluarga Ceasar, dari situ Ceasar nekad untuk menuntut bela atas kematian keluarga tersayang, dalam perjalanan ke tempat persembunyian Colonel, Ceasar menjumpai seorang kanak-kanak yang tidak boleh bercakap ( bisu barangkali) yang dinamakan sebagai Nova ( kemungkinan petunjuk untuk filem akan datang).

war for the planet of the apes, woody harrelson

Meskipun filem ini mempunyai rentak yang perlahan namun ianya mempunyai nilai kekeluargaan yang amat tinggi, dalam filem ketiga ini juga kepimpinan Caesar diuji dan bagaimana semangat bekerjasama membantu menjayakan sebuah operasi, filem ini juga berjaya visualasikan bahawa pemimpin yang hebat bukan dari bilangan pengikut, tetapi kredibiliti sebagai individual.

Terus terang saya katakan yang francais kali ini mempunyai momentum yang turun naik, dan peperangan kali ini agak minimal, francais kali ini juga berjaya memberi kesedaran tentang realiti sesebuah peperangan dari pandangan seekor beruk yang berfikir untuk masa depan kaumnya.

Secara Keseluruhan

Ianya sebuah francais yang mempunyai pelbagai emosi dalam satu filem dan saya berharap ianya akan ada sambungan.

Rating: 9.0 / 10

Apa Komen Anda?

War for the Planet of the Apes | Review | BloggerBar

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in