xXx: Return of Xander Cage Review Penuh Dengan Aksi Bahaya!


xXx Return of Xander Cage, Vin diesel

Selepas selesai menonton filem terbaru, xXx: Return of Xander Cage Abg Joe berpendapat filem ini memang terbaik untuk peminat-peminat Vin Diesel, Donnie Yen dan Tony Jaa! Mari kita lihat apa yang menarik dalam filem terbaru xXx atau lebih dikenali sebagai Triple-X.


Tajuk: xXx: Return of Xander Cage
Arahan: D.J. Caruso
Pelakon: Vin Diesel, Donnie Yen, Deepika Padukone, Kris Wu, Ruby Rose, Tony Jaa, Nina Dobrev, Toni Collette, Rory McCann, Samuel L. Jackson, Hermione Corfield
Genre: Aksi, Adventure, Thriller
Durasi: 1jam 47min
Produksi: Maple Cage Productions, One Race Films, Revolution Studios


Sinopsis

Extremis, Xander Cage (Vin Diesel) yang disangkakan mati kembali beraksi dan terpaksa berdepan dengan sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Xiang (Donnie Yen) untuk mengembalikan senjata merbahaya yang dikenali sebagai Kotak Pandora yang telah dicuri oleh mereka. Berjayakah Xander mengembalikan senjata tersebut bersama ahli kumpulan barunya?

Review

Apa yang menarik dalam filem xXx kali ini Abg Joe nak tekankan ialah barisan pelakon. Gabungan pelakon-pelakon handalan dari pelbagai negara seperti China, Thailand, Bollywood sememangnya tarikan utama filem ini. Aksi-aksi bergaduh dari Donnie Yen, Deepika Padukone dan Tony jaa memang awesome. Kalau nak tahu, Neymar pemain bola sepak pun ada!

Walaupun ada beberapa babak yang kurang masuk akal tapi Abg Joe rasa memang tidak akan mengantuk menyaksikan filem ini sehingga akhir. Jalan ceritanya mudah difaham dan mereka juga ada selit beberapa babak lucu terutamanya apabila memperkenalkan watak-watak dalam filem ini.

Kekurangan dalam filem ini, Abg Joe rasa intro kredit mungkin mengambil masa sedikit lama dan ia seakan-akan Fast & Furious sedikit. Secara keseluruhan, Abg Joe amat berpuas hati dengan filem xXx kali ini dan tidak rugi untuk tonton filem ini di pawagam!

Apa Kata Peminat?

imdb review xXx return of xander cage

imdb review xXx return of xander cage
Review dari IMDb

review xXx return of xander cage

review xXx return of xander cage
Review dari Penonton

P.S. Apa kata anda tentang filem xXx: Return of Xander Cage? Tuliskan komen anda di bawah dan jangan lupa untuk tinggalkan rating anda sekali!

Apa Komen Anda?

xXx: Return of Xander Cage Review Penuh Dengan Aksi Bahaya!

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in